20 November 2009
Dicatat oleh sk batu 4 tawau


Sk. Batu 4 mencipta sejarahnya sendiri pada 19 November 2009 bersamaan hari Khamis kerana mendapat berita baik dimana 9 orang muridnya mendapat 5A dalam UPSR dan pencapaian lulus semua matapelajaran meningkat ke 66% berbanding 29%(tahun lalu)...Ini merupakan rekod baru dalam sejarah sekolah ini. Di bawah pimpinan Guru Besar Cemerlang , En. Lamri Hj. Suman bersama guru -guru yang sentiasa bertungkus lumus dalam mendidik anak - anak bangsa. Kepada semua guru Sk. Batu 4, segunung tahniah dan jangan jemu mengajar dan membimbing anak - anak kita di sekolah. Rasanya tidak lengkap jika 9 nama murid yang mendapat 5A tersebut tidak dipamerkan, jadi berikut adalah mereka yang cemerlang dan gemilang ( tengah fikir nak masuk MRSM ka??? SMSLD ka????...) :-







1) Irfan Syahmi Rusyaidi Amiruddin



2) Mohd Anwar Azizan Asming



3) Mohd Khidier Mohd Khairiel



4) Asmil Kasim



5) Mohd Ruslan Raji



6) Hadizah Bte Asis



7) Dahlia Jalil



8) Izzudin Hakim Mohd Sukur



9) Fazila Mohd Rosli (anak Pengerusi PIBG Sk. Batu 4)






Dicatat oleh sk batu 4 tawau


Kelmarin Sk. Batu 4 mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPEC 09) kali ke 4, Majlis kali ini dirasmikan oleh En. Rashid (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tawau) syukur majlis berjalan dengan lancar dan jayannya. Terima kasih buat semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan MAPEC 09. Tahniah ! diucapkan kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam Akademik dan Ko kurrikulum...Kepada peneraju utama Kak Rin (Nurarina Lojiwin ) Penolong Kanan Kokurikulum, sememangnya sentiasa cemerlang dalam mengemudi jentera MAPEC 09 kali ini. Syabas Kak Rin...you are da best ! Yang berusaha En. Lamri Hj. Suman , Guru Besar Cemerlang sekolah ini tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatan beliau dalam memberi bimbingan dan dorongan kepada anak buahnya. Terima kasih daun keladi.






16 September 2009

Salam Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Kami team yang bertanggungjawab dalam pembinaan blog sekolah ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin... Sesudah kita berpuasa sebulan, kini masanya kita bergembira di Hari Raya...Terimalah 2 rangkap pantun...

Pergi ke kedai membeli santan
Santan di letak di atas peti
Silap dan salah minta dimaafkan
Jangan disimpan di dalam hati..

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.

Sabah Merdeka ba...

Dicatat oleh sk batu 4 tawau



Happy Birthday yang ke 46 tahun...Negeriku yang tercinta...Sabah...Orang yang paling bertanggung jawab ialah----->Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun atau digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' merupakan pejuang kemerdekaan yang termasyur di Negeri Sabah sekitar tahun 60-an. Merdeka ! Merdeka! Merdeka !

12 September 2009

Carta Organisasi

Dicatat oleh sk batu 4 tawau





11 September 2009

Hantar data SSDM (Disiplin)

Dicatat oleh sk batu 4 tawau



Hari ni kena hantar data SSDM (Laporan Disiplin) di sekolah Jambatan Putih. Jumpa Cikgu Joshua. Senarai murid yang bermasalah dah ada cuma kena masukkan dalam sistem komputer untuk laporan dari bulan Mei-Ogos. LApoan lebih kurang 10 orang murid jak.Pas ni diharapkan murid sekolah batu 4 akan lebih berdisiplin dalam masa akan datang. Tindakan Ketua Guru Disiplin , Mohd Radzlee Jamal.

10 September 2009

UPSR Berakhir..

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Hari ni hari terakhir UPSR. Mudah mudahanlah anak didik kami berjaya dengan cemerlang. Lepas ni kena fikir sekolah apa nak masuk. Bagi yang cemerlang bolehlah masuk Sekolah Menengah Sains atau MRSM. Tapi bagi yang kureng tu, kena ikut jak la di mana diletak. Adat la tu, siapa yang bijak boleh memilih, dan yang malas belajar kena ikut jak apa orang buat. Bagi semua murid tahun 6, jgn la lupa buku, mentang-mentang la dah abis UPSR. Ingat! menuntut ilmu hingga ke liang lahat...

09 September 2009

SEJARAH

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Apas, Tawau diwujudkan atas permintaan masyarakat Tawau. Keadaan ini membuatkan pihak Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif segera dengan membeli sebidang tanah seluas 5.13 ekar dengan bernilai RM480,000,00.


PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pada tahun 1989 enam buah bangunan projek kilat dibina secara berperingkat-peringkat yang bernilai kira-kira RM300,000,00. Walaubagaimanapun bangunan tersebut hanya untuk kegunaan sementara sahaja. Pada tahun 1990 pihak Kerajaan Persekutuan telah membina sebuah bangunan konkrit setinggi empat tingkat bernilai berjumlah RM2.001 juta. Projek ini meliputi dua buah flat guru dan sebuah padang.

07 September 2009

Besok UPSR....

Dicatat oleh sk batu 4 tawau



Besok UPSR menjelma lagi..
diharapkan semua murid sekolah ini
sudah bersedia dari segi mental dan ilmu....
Semoga Berjaya..

04 September 2009

'Tuala Wanita'

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Hari ni sekolah ada taklimat tentang penggunaan 'Tuala Wanita'. Disampaikan oleh 2 orang guru praktikum IPGM Tawau. Diharapkan semua pelajar perempuan sekolah ini tahu menggunakan dan membuang 'benda' itu di tempat yang sepatutnya. Jagalah kebersihan tandas kita. Jangan biarkan kejadian lalu berulang kembali. Sekolah Bersih Murid Sihat !

03 September 2009

UPSR Menjelma Lagi....

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Minggu depan 8/9/2009 bersamaan hari Selasa murid murid tahun 6 akan menduduki UPSR buat sekian kalinya.... DOa doakan semua anak murid kita akan berjaya dengan cemerlang... Ingat! Usaha yang gigih akan menempatkan diri kita di kalangan orang yang cemerlang...
Insyaallah.... Kami guru-guru sekolah ini sentiasa mendoakan kejayaan unruk anak-anak didik kami...
Semoga Berjaya!

02 September 2009

Mukaddimah

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Hari ini dalam sejarah... kami telah membina blog sekolah buat sekian kalinya.... Alhamdulillah... lepas ini harap janganlah malas nak mengupdate... buat kengkawan ringankanlah tulang untuk sama-sama mengupdate web sekolah kita ini....
Guru didahulukan, Murid-murid diutamakan...!!