26 Ogos 2010

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya 1431H

Dicatat oleh sk batu 4 tawau


Di kesempatan ini , kami memohon sejuta kemaafan , harap kesilapan dan kesalahan yang sudah akan dipadam buat selamanya..... Selamat Meyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431H...Maaf Zahir & Batin......Minal Aidil Wal Faizin... Buat semua umat Islam khasnya seluruh warga Sk. Batu 4, Tawau...walau dimana anda berada...

15 Julai 2010

Program Gemilang 5A di MRSM

Dicatat oleh sk batu 4 tawau

Agak lama jugak saya tidak meng'update' blog sekolah ini, kerana kekangan masa tapi saya sentiasa mencari masa masa terluang untuk cuba juga memaparkan aktiviti - aktiviti yang di jalankan di SKB4T.... Untuk kali ini, saya paparkan gambar - gambar sekitar Program Gemilang 5A yang telah diadakan di MRSM cawangan Tawau pada 4-7 Jun 2010.

Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SKB4T. Pn. Hjh. Safiah Junggang merupakan orang terpenting dalam menjayakan program ini. 4 Buah sekolah telah mengambil bahagian termasuklah SK. Batu 4, Sk. Kinabutan, Sk. Batu Payong dan Sk. Kuala Apas. Lebih kurang 80 pelajar tahun 6 dari semua sekolah telah mengikuti program ini dengan jayanya.

Ucapan ribuan terima kasih jugak kepada semua guru yang terlibat dan juga para JU matapelajaran yang telah dijemput untuk membuat taklimat tentang skema pemarkahan menjawab soalan UPSR. Semoga usaha murni ini akan mendatangkan manfaat dan kejayaan terutamanya kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini. Ini adalah peluang anda untuk melakar sejarah sebagai pelajar cemerlang buat ke sekian kalinya.








08 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

Dicatat oleh sk batu 4 tawau


9 Mei 2010 merupakan sambutan 'Hari Ibu' sedunia. Oleh itu marilah kita beramai - ramai menjenguk dan meraikan ibu kita yang tersayang. Ibu yang tidak pernah mengenal erti penat,tidak pernah mementingkan dirinya demi membesarkan anak - anaknya. Kita sebagai anak perlulah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan di kesempatan ini juga marilah kita semua mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' kepada semua ibu - ibu.
Happy Mothers Day !

02 Mei 2010

Sometimes...

Dicatat oleh sk batu 4 tawau



Sk. Batu 4 mencipta sejarah kesekian kalinya .... Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama penuh daripada semua Panitia dan Kelab membuat 'filem pendek' sekitar 5-10 minit yang akan ditayangkan pada setiap perhimpunan mingguan. Filem pendek ini adalah cetusan idea daripada Guru Besar Cemerlang sekolah ini, En. Lamri Hj. Suman, dan beliau memberi tema 'sometimes'... Beliau merasakan akan peri pentingnya penggunaan IT (Information Technology) dalam mendidik anak murid di era ini. Diharapkan agar tayangan ini akan mengajar murid tentang beberapa topik yang dipilih sendiri oleh panitia atau kelab yang dipertanggungjawabkan setiap minggu.

Kepada semua guru dan murid yang terlibat dan yang akan melibatkan diri diucapkan ribuan terima kasih...selain dapat berhibur dapat juga mendidik dan mengajar murid... Berilmu Berkualiti....

Antara 'sometimes' yang telah ditayangkan:
1) Penggunaan tandas dengan betul - Unit Disiplin & Pengawas
2) Edisi praktikum - Guru-guru praktikum 2010 (Fairuz,Alizan,Arman,Asniati,Jaini,Nining,Irwan & Helson...tq)
3) Edisi Kak Rin (Nurarina Lojiwin) mantan PK Kokum - Unit Disiplin & Pengawas
4) Magic Multiplication - Kelab Matematik
5) Gerhana Matahari- Kelab Sains
6) Tatacara hormat - Unit Disiplin & Pengawas
7) P&P PAI & tatacara makan di kantin - Panitia Pend. Agama Islam
8) Pupils' behaviours in class - Kelab Bahasa Inggeris
9) Bahana curi - Computer Smart Club

Tunggu kemunculan ' sometimes' yang akan datang...

15 April 2010

Seminar Keibubapaan 2010

Dicatat oleh sk batu 4 tawau



17 April 2010, Sabtu , Seminar Keibubapaan akan diadakan di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau bermula jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang. Seminar ini adalah anjuran Yayasan Sabah Zon Timur Selatan ,dengan usaha sama Sk. Batu 4 dan PIBG. Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.56 Apas.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kualiti pembelajaran anak - anak mereka selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala bidang terutamanya akademik.

Semua Ibu bapa dijemput hadir bagi sama - sama menjayakan seminar ini.

"Menggilap Mutiara Dalam Diri"

14 April 2010

Model Kerjaya SKB4T cemerlang !

Dicatat oleh sk batu 4 tawau


Isnin , bersamaan 12 April 2010, sekali lagi Sk. Batu 4 melakar sejarah kemenangan buat sekian kalinya. Pertandingan diadakan di Dewan Datuk Lau dari hari Selasa hingga Rabu. Antara pertandingan yang disertai ialah ;1)Model Kerjaya 2) Folio 3) Lukisan...

Berikut adalah keputusan pertandingan:
- Model Kerjaya ( Johan, buat kali ke-4 berturut - turut )
- Folio Kerjaya ( Johan )
- Lukisan ( Naib Johan )

Tahun ini merupakan kenangan manis buat team Kerjaya, di bawah bimbingan Pn. Hjh. Safiah (Guru Kaunseling) dibantu oleh En. Norhafiz Nasip Serak serta guru-guru praktikum En. Allizan , Cik Asniati , En. Arman, En. Jaini, En, Irwan dan Pn. Nining... Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...
SK. BATU 4 menjadi JOHAN KESELURUHAN peringkat Daerah Tawau ! Mantap !

Semoga usaha murni ini sentiasa diteruskan dan diwarisi oleh warga SK Batu 4...

04 April 2010
Dicatat oleh sk batu 4 tawau


Kehilangan yang takkan terganti....

Pada 31 Mac 2010 bersamaan hari Rabu bermakna hari terakhir Kak Rin (panggilan buat PK Kokum tersayang SKB4T) sebagai warga Sk. Batu 4. Setelah 10 tahun bersama - sama menerajui pucuk pimpinan sekolah ini terlalu banyak kejayaan dan kenangan manis bersama beliau. Boleh dikatakan semua guru amat keberatan untuk melihat Kak Rin pergi meninggalkan sekolah , tapi apakan daya demi tugas. Biasalah pemimpin yang hebat bukan milik sebuah sekolah sahaja, malahan khidmat bakti Kak Rin juga diperlukan untuk menjadikan lebih bayak sekolah yang cemerlang dalam bidang ko kurikulum...

Sekalung tahniah kepada Kak Rin dari kami warga Sk. Batu 4, Tawau, kami sentisa doakan Kak Rin lebih sukses di sekolah yang baru. Dan yang teramat pasti apa jua pesanan Kak Rin kepada kami warga Sk. Batu 4 , akan kami semat didalam lubuk hati kami....

Good Luck Kak Rin !....